Pandemik selesema babi 2009 di Malaysia
Pandemik selesema babi 2009 di Malaysia

Pandemik selesema babi 2009 di Malaysia

Pandemik selesema babi 2009 di Malaysia merupakan sebahagian daripada wabak selesema yang lebih besar yang melibatkan virus influenza A subjenis H1N1 yang baru. Wabak ini telah disahkan mula merebak di Malaysia sekitar Mei 2009 dan telah merekodkan lebih 15,000 kes positif yang dilaporkan dari Mei 2009 hingga Jun 2010 dengan sejumlah 88 kematian di seluruh negara dalam tempoh wabak tersebut. Wabak ini bermula dengan kes "diimport" dari negara-negara yang terjejas, termasuk Amerika Syarikat dan Australia dari 15 Mei 2009 dan seterusnya, dan penularan tempatan yang pertama kali dikenal pasti pada 17 Jun 2009. Mulai 12 Ogos, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyatakan bahawa pihaknya telah menghentikan secara rasmi mengemas kini jumlah kes H1N1 di Malaysia selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Kematian pertama yang berkaitan dengan virus tersebut telah dilaporkan pada 23 Julai 2009 dan sejak itu, terdapat 88 kematian yang telah disahkan. Pada 6 Julai 2009, Malaysia telah mengumumkan bahawa usaha menangani penyebaran virus tersebut beralih daripada pencegahan ke arah pengurangan kes. Kerajaan persekutuan telah mengisytiharkan darurat kesihatan awam nasional di Malaysia akibat penularan wabak H1N1 dan telah mempertimbangkan untuk mengenakan perintah berkurung yang serupa dengan penutupan perkhidmatan dan industri yang tidak penting selama seminggu di Mexico.

Rujukan

WikiPedia: Pandemik selesema babi 2009 di Malaysia http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php...